RPH ICT BAB 2 TINGKATAN 4

Assalamualaikum..

Untuk membantu junior-junior ict nak buat RPH. Kat sini contoh rph yang saya dah buat untuk observe kali kedua saya dan dah disemak oleh penyelia Latihan Mengajar saya, En. Mohamad bin Hassan. Saya tak tahu markah yg saya dapat tapi saya dapat feedback yg positive dari en. mohas. Tak perfect, ada juga yang dia tegur-tegur. Saya dah betukan dalam RPH ni.

Saya harap semua ni dapat bantu adik-adik junior semua. Tolong doakan saya dapat A LM ye..Semoga urusan kita dipermudah oleh Allah. amin..

Format RPH ni dah betul, saya ikut format dari en. mohas.

Untuk dapatkan RPH, Klik link dibawah :
RPH Observe 2

Kalau rujuk RPH kat atas, ada ABBM yang saya gunakan untuk setiap aktiviti yg saya jalankan sepanjang PdP berlangsung.

Set Induksi :'Kotak Misteri'




Kotak diisi dengan 8 keropok. Kotak ditampal dengan perkataan 'Bait'
manakala, keropok ditampal dengan 'Bit'.
Kotak mewakili 'Bait' dan keropok mewakili 'Bit'.

Pelajaran : 1 Bait = 8 Bit



Peta Konsep


Peta Konsep digunakan sepanjang PdP berlangsung.
Guru mengajar dan murid mencatat isi pengajaran dalam peta konsep ini.



Games Online : Kahoot

Kahoot ni memang student suka sangat sebab dia bentuk games online
 dan lagi seronok berbanding mengajar guna slide je.

Guru boleh buka games, murid ready dengan Chrome Book/ PC
masing-masing. Murid kena akses kahoot juga.
Akan keluar nombor pin dekat skrin layar, dan student kena masukkan
no. pin dan juga username diorang.
Pastu, akan naik nama players(username student) dekat skrin layar putih
kat depan. Guru klik Start dan games akan bermula.


ni soalan kuiz yang berbentuk games yg saya create dalam kahoot.
Ni saya copy paste je sebab nak letak dalam fail sebagai lampiran.


Sampul yang mempunyai nombor


Guru membahagi murid kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan ambik satu sampul dan dalam sampul tu ada 
8 nombor yang sama untuk setiap kumpulan.


buat sampul sendiri je..



Nombor-nombornya adalah : 1, 2, 4, 8, 16, 32, 64, 128

Ingat tak lagi cara nak tukar nombor biasa ke nombor binari?
Aktiviti ini adalah utk menukar nombor biasa menjadi nombor binari.

Contoh, guru membahagi murid kepada 2 kumpulan
dan 1 kumpulan ada 10 orang.

Setiap kumpulan perlu melantik 1 ketua dan 1 penolong.
Guru memanggil kumpulan pertama ke hadapan kelas.

8 orang ahli biasa akan berdiri di hadapan (menghadap penonton)
 sambil memegang nombor-nombor yg berada dalam sampul
(1, 2, 4, 8, 16, 32, 64, 128)
sorang satu dengan urutan yang betul (urutan menaik)
manakala, ketua dan penolong kumpulan duduk menghadap ahli
di hadapan supaya ketua dan penolong dapat memberi arahan
kepada ahli kumpulan mereka.

Guru memberi masa selama 20 saat dan menyebut satu jumlah
dan ketua dan penolong akan mengira dan menukarkan
nombor tersebut kepada binari.
Ketua dan penolong boleh mengira menggunakan apa sahaja
bahan sama ada guna kalkulator/kertas atau sebagainya.

Contoh, guru menyebut 200.
Ketua dan penolong perlu mengira dan menukar nombor
yang disebut kepada nombor binari dengan pantas.

Setelah siap dikira, ketua dengan dibantu oleh penolong
akan memberi arahan kepada ahli-ahli kumpulan sama ada untuk
menutup atau membuka (mewakili '1' atau '0') 
antara lapan nombor yg dipegang oleh ahli.

Nombor yg ditutup bermaksud '0' dan nombor
yang dibuka bermaksud '1'.

Kemudian, ketua akan menyebut nombor tersebut dalam bentuk binari.
contoh, 1100 0101.

Mereka perlu pantas untuk menyelesaikannya
mengikut masa yang guru beri.

Setelah kumpulan pertama siap, kumpulan kedua pula akan
ke hadapan dan guru lakukan aktiviti yang sama
namun, perlu menyebut nombor yang lain
untuk kumpulan kedua.

Guru boleh memberi hadiah kepada kumpulan yang
paling banyak berjaya menyelesaikan aktiviti ini.

Untuk, lebih faham, semak semula cara utk menukarkan
nombor ke nombor binari.

Harap membantu!




Comments

  1. wah...sanggat membantu..Terima Kasih :)

    ReplyDelete
  2. Tapi untuk aktiviti yang terakhir (sampul ) tak berapa jelas penerangan.

    ReplyDelete
  3. Semoga ilmu berterusan mengalir dan dikurniakan pahala berganda drpNya

    ReplyDelete

Post a Comment