Kerja Di rumah Tanpa Modal atau Produk (100% online)

Keadaan ekonomi Malaysia yang jatuh teruk menyebabkan ramai yang ingin mencari duit lebih bagi menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat. Hmm.. nak mengeluh pun tak guna, tak dapat apa..bukan org lain boleh tolong kita. So, saya nak kongsi sikit apa yang saya buat untuk dapatkan side income dengan hanya buat kerja di rumah sahaja. Mungkin dengan perkongsian saya ini dapat membantu ringankan beban anda..ini semua berdasarkan pengalaman saya sendiri dan sampai sekarang saya masih lagi buat kerja online ini.
Saya dapat menjana sehingga RM 7000 secara sambilan sahaja selama hampir 3 tahun berkerja. Saya boleh, kenapa tidak anda?
Okay, nak kata kerja ni mudah tak mudah..susah pun tak sangat..nak kata cepat dapat duit, pun tak..nak kata dapat banyak duit dalam masa singkat pun tak jugak..tapi, percayalah, INI BUKAN PENIPUAN.. daripada anda percaya dengan kerja yg konon penuh janji dapat gaji beribu-ribu tapi mengadap FB je? kerja apa yg takde usaha? ngadap fb je duit masuk? Ye ke?
ok..tak nak cakap banyak.. let's begin!
Kerja yang saya maksudkan adalah kerja sebagai 'Freelancer'. Freelancer ni dalam bahasa Melayu dipanggil 'Pekerja Bebas'. Haa..dah terang lagi bersuluh pekerja bebas, so, anda bebas nak buat kerja di mana? bila? dengan siapa? tu semua anda yg tentukan sendiri. bestkan? ibu-ibu yang duduk di rumah sambil jaga anak pun boleh buat kerja ni. Boleh tolong suami support family. Student yg tengah belajar macam saya ni pun boleh.. duit ptptn/biasiswa mana nak cukup..atleast dgn kerja part time online ni tak payah nak harap mak ayah support dah hujung-hujung bulan.. Best kan?
Tak faham? Okay, baca ni..
Apa itu Freelancer?
Freelancer bermaksud pekerja bebas tanpa pengawasan. Masa dan tempat bekerja juga adalah bebas. Cyber cafe? rumah? kolej? Tak jadi masalah.
Kenapa saya perlu menjadi Freelancer?
Jawapannya mudah, jika anda ingin diupah dengan melakukan kerja sepenuhnya secara online, maka, ini sebabnya mengapa anda perlu menjadi FREELANCER.
Apa itu kerja online?
Secara praktikal kerja online ialah apa sahaja kerja yang tidak memerlukan penglibatan fizikal dan hanya perlu dilakukan secara online atau dalam bahasa Melayunya, secara atas talian sahaja. Menulis? Ya! Membaiki kereta? Tidak!
Betul ke wujud kerja online ni?
Mungkin anda masih berasa ragu-ragu kerana terlalu banyak penipuan yang terjadi melibatkan penggunaan internet. Dan, anda mungkin melihat pekerjaan ini seperti tidak wujud.
Jangan risau..
Anda bukannya :
  • Terlibat dengan Skim Cepat Kaya
  • Terlibat dengan jual beli Mata Wang (Forex)
  • Terlibat dengan perniagaan MLM atau Piramid
  • Terlibat dengan sebarang perniagaan yang memerlukan modal dan pembeli
Semuanya…adalah percuma! Jadi, kenapa perlu risau?
Ini adalah pekerjaan yang asli dan 100% bekerja secara online. Anda dibayar upah untuk setiap kerja/projek yang anda selesaikan mengikut kehendak majikan. Anda sama sekali tidak akan disuruh menyertai program buat duit seperti affiliate, MLM, menjual produk dan sebagainya. Diulangi, anda diupah!
Sama seperti anda melakukan kerja-kerja di pejabat, anda menyelesaikan tugasan kerja yang diberikan dan majikan akan membayar gaji/upah kepada anda. Konsep yang sama namun, cara yang berbeza iaitu sebagai freelancer anda tidak bekerja di pejabat. Anda berkerja 100% online di rumah.
Siapa yang layak untuk menjadi Freelancer?
  • Suri rumah
  • Pelajar
  • Penganggur
  • Orang yang mempunyai kerja tetap tetapi, ingin mencari kerja sambilan
  • SEMUA ORANG

Apakah syarat yang saya perlu ada untuk menjadi Freelancer?
  1. Mempunyai akses internet (di rumah, cyber cafe, pejabat dll)
  2. Boleh berbahasa Inggeris (Tidak perlu fasih, boleh berkomunikasi dengan majikan sudah memadai)
  3. Boleh menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Excel 
  4. Mempunyai semangat ingin berkerja dan tidak mudah berputus asa
Masih belum percaya?
Lihat bukti daripada saya sendiri..


Atas tu adalah screenshot sebahagian daripada pendapatan saya berkerja sebagai part time freelancer. Kenapa part time? Sebabnya, saya masih lagi student. hehe. 
Okay, berbalik kepada freelancer. Kalau anda nak tahu, terdapat beberapa laman web yang boleh anda mohon pekerjaan online. Banyak kerja yang anda boleh buat berdasarkan kemampuan dan kemahiran anda. Apa kemahiran yg anda ada? boleh design website? boleh translate bahasa? Accounting? IT? Medical? Science? Anda boleh mohon kerja berdasarkan kemahiran anda.. Susah? jangan risau, banyak lagi kerja yg mudah seperti taip buku dari pdf ke word, copy paste data ke excel, copy paste dari website ke word, tulis artikel, salin artikel, cari maklumat di internet dan banyak lagi yang langsung tidak memerlukan kemahiran-kemahiran yang tinggi.
Ada dua jenis pengguna di laman web kerja iaitu freelancer dan majikan. Majikan mencari pekerja manakala freelancer iaitu anda mencari peluang kerja. Majikan dari serata dunia boleh mengiklankan kerja mereka dan jika berminat, freelancer boleh memohon kerja yang diingini dan yang sesuai dengannya.
Secara purata, lebih daripada 100,000 iklan kerja yang diiklankan di laman web oleh majikan-majikan pada setiap bulan. Itu baru satu laman web! Yang untungnyaa.. saya telah menemui lebih daripada 1 laman web yang boleh digunakan untuk mencari kerja. Bayangkan berapa agaknya jumlah iklan kerja daripada 2-3 laman web ini? Banyak tu...jadi, mustahil anda tak dapat kerja kan?
Video di bawah ni akan tunjukkan serba sedikit apa yang ada dalam laman web kerja.



Saya selalu juga iklankan kerja dan kadang-kadang kongsikan di facebook saya tentang kerja freelancer ni dan alhamdulillah ramai yang berminat..tapi, malangnya semua give up separuh jalan. Sebab? Terlalu gelojoh nak kerja tapi tak tahu cara yang betul.. Xtahu macamana nk hantar proposal, cara nak berkomunikasi dengan majikan, cara nak buat ayat yang menarik minat majikan melantik kita berkerja dan sebagainya, Kalau macam tu, sampai bile pun tak berjaya. Hentam Keromo sahaja.

Sebab tu saya siapkan website official untuk memberi pendedahan kepada sesiapa yang berminat untuk berkerja online di rumah dengan menjadi freelancer. Saya ceritakan pengenalan tentang freelancer, bayaran upah, step untuk jadi freelancer, testimoni dan sebagainya di website saya. Boleh ke www.kerjafreelancer.net untuk melawat website.

Untuk lebih mendalam, saya juga sediakan e-book Jana Pendapatan Online Sebagai Freelancer yang akan menerangkan dengan lebih terperinci tentang freelancer. Ebook ini sebagai panduan dari awal anda cipta profil yang hebat, hantar proposal kerja online yang menarik minat majikan, tentukan bayaran upah, cara nak berkomunikasi dengan majikan dan sebagainya.

E-book ini hanya berharga RM 25 sahaja!

Selain Ebook, anda akan mendapat keistimewaan lain iaitu:

Anda akan...
  1. Dimasukkan ke group whatsapp 'Freelancer Malaysia' yang saya cipta di mana anda dapat :
    ​~ Bertanya sebarang soalan kepada saya secara terus
    ~ Bertukar-tukar pendapat dengan freelancer yang lain
  2. Diberi tutorial penuh untuk mencipta akaun Paypal bagi menerima bayaran upah.

I will guide you to get your first job!
Jika anda masih ragu-ragu, boleh ke www.kerjafreelancer.net dan nilaikan sendiri.
Atau, whatsapp saya, 0194270022 dan email saya, nyrahsiti@gmail.com untuk sebarang soalan.



Comments

  1. Assalamualaikum .. awk.. kalau wat kerja ni kene wajib ade laptop ke

    ReplyDelete
  2. Sekarang Ada Cara lagi mudah untuk Jana PENDAPATAN Dan kerja secara SAMBILAN..hanya perlukan smartphone..copy link dibawah Di browser untuk register
    http://income456.com/#/register/7339416

    ReplyDelete

Post a Comment