Alhamdulillah..Terpilih ke E-rezeki High Income Apprentice Program (eHIA)

Assalamualaikum..

Kali ni nak update pasal E-rezeki. Tahu x e-rezeki ni ape?

Ok, actually e-rezeki ni program under Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), atau dulu orang panggil Multimedia Development Corporation (MDeC) iaitu agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama Digital Content Alliance (DCAlliance) Sdn Bhd. E-rezeki ni sebenarnya inisiatif kerajaan nak tolong rakyat Malaysia menjana pendapatan digital especially fresh graduate macam aku ni la..hehe

Baru je tahu pasal e-rezeki ni sebenarnya.haha waktu tu nak habis study upsi then, ape lagi aktif lah cari keje pastu jumpa la pasal e-rezeki. Tengok2 ada byk program under e-rezeki ni rupanya, satu open kepada smua rakyat..kiranya kena register di website e-rezeki, then akan dapat keje dari company malaysia. Boleh buat dan akan dibayar upah oleh e-rezeki. Semua keje yg diberi adalah online based je dari rumah. Siap keje akan dibayar upah. xtahu la keje dia macamana sebab x explore.. ni link dia E-rezeki. Boleh tengok-tengok kalau ada yang berminat. Tapi bukan yg ni, saya tertarik dekat 1 lagi program under e-rezeki juga nama dia E-rezeki High Income Apprentice Program.

E-rezeki High Income Apprentice Program ni nak latih kite, rakyat biasa untuk bekerja dalam upwork dgn freelancer. Upwork dan freelancer ni platform untuk cari kerja online. Tak tahu? Boleh baca entry saya sebelum ni atau buka website saya, www.kerjafreelancer.net Haa.. apa lagi, saya pun mmg dah ada pengalaman dlm upwork dan freelancer memang nak join la. tahu pulak dapat elaun RM 1200 bulan-bulan memang berkobar-kobar la nak pergi. hehe so isi la segala apa yang diminta dan tengok2 esok e-rezeki call utk interview. ala, x teruk pun interview nye..suruh introduce dlm English, cite pasal diri, kenapa nak join, kat mana nak pegi kalau dapat. sebabnya program e-rezeki akan dibuat di penang, shah alam, cyberjaya dgn johor x silap.. ok..mestilah pilih penang haha

so, ni surat tawaran. 3 bulan kena duduk USM, Penang. Nasib baik dapat hostel..lega dah sikit xyah fikir nak cari rumah dan boleh jimat hehe






Bie, bella, nisa, izu dgn sufi semua dapat. aku lah hasut diorang, diorang pun berharap dekat aku nak ajar sebab aku ada experience .but, at the end aku, bie dgn bella je yg nak pegi..tu pun mula-mula rasa jugak xnak pegi...berat gila hati..sebab?? haa baca terms and condition kat bawah ni dulu : 


tengok lah target-target tu omak aiii..tingginyee..bukan ape, selama jadi freelance translator ni memang penat jugak la sampai 20++ keje sebulan.. ye la, bayangkan kalau kene translate website, website bukan sikit kurang-kurang 3 ribu words nak lagi website besar dapat sampai 6-7 ribu words.. Haa bayangkan tu satu keje, habis kalau dapat 20 keje translate macam gitu acane? boleh pengsan tauu..huhu

so decide la xnak pegi..rasa terkongkong pun ade sebab ada target macam2 ni..huhu..ingat nak buat team keje je sebab aku dah ada experience dan customer, boleh je nak buat team (kawan2) utk keje translate..

elok bernekad xnak pegi, e-rezeki invite masuk group whatsapp program tu pulak.. tengok dalam tu ada la 30 orang camtu yg join..rasa macam nak pegi pulak.. dalam kepala ni xde benda lain, nak pegi, xnak pegi je..yg aku ni pulak memang xboleh nak buat keputusan sendiri..nak juga dengar pendapat orang lain.. aku pun mesej la sorang dua dari group tu, diorang semua pegi dgn zero knowledge tentang freelancer/upwork ni.. so, aku tanya dalam group ada x sape2 yg ada experience keje online tu. krik krik xde jawapan pun.. so, aku assume aku sorang je yg ade experience..

aku pun mesej pulak admin group tu, orang yg akan uruskan program tu di usm dan bgtau pasal aku ada experience etc so, aku nak tahu flow program dan tanya pendapat dia aku patut join ke x program tu.. kalau belajar basic-basic aku malas dah nak pegi, sebab 3 bulan tu!! pastu 6 bulan akan dipantau pulak..total 9 bulan, aku posting bulan 5 insyaAllah..rasa macam terkongkong pulak.. x salahkan program ni sebab target diorang memang untuk yang nak keje full time..yg xde keje lagi.. memang agak ketat la programnyee..huhu

pastu orang tu call aku dan tanya aku macam2.. berapa lama keje online, translate ape, berapa bulan2 dapat, buat ape sekarang dan macam2 lagi laa.. dia tanya selain keje translate ape lagi eh keje yg ada dalam upwork/freelancer.. aku cakap la banyak lagi data entry, design website, typing macam2 la. Dalam hati, aikk..dia tanye kite pulak. bukan die ke nak train kite? haha tapi, xpelah..benda online freelancer ni memang baru je kat malaysia..so aku rasa diorang pun xberapa nak expert kecuali staff diorang yg memang di incharge untuk train dalam kelas nanti expert la rasanya..mesti ada pengalaman dalam freelancer/upwork.

Pastu, dia cakap sebab aku ada experience dia akan suggestkan nama aku kepada mdec utk jadi tutor/pembantu lecturer bukannya pelatih..dan dapat bayaran tinggi sikit lah dari elaun pelatih..aku pun terkejut jugak la, unexpected terus rasa macam nak pegi..hahaha tapi dia cakap x confirm lagi, dia nak suggest dulu..

tapi, lagi 3 hari je nak pegi daftar, so, aku decide je la nak pegi..go on with the flow je la. Ilmu tu penting. bagitahu bie dengan bella semua, bella pun dah mintak tukar dari shah alam ke penang sebab dia sorang2 dapat kat sana..huhu

Harap-harap semua berjalan dengan lancar..ada geng senang sikit. 

Sebagai seorang yg berpengalaman kerja dalam freelancer/upwork nasihat saya untuk korang, korang join la program ni..sebab ni salah satu inisiatif kerajaan untuk kurangkan pengangguran. Join la,  memang korang boleh cari duit sebenarnya.. yg penting rajin explore dan x putus asa je..

nak promote sikit.. if interested untuk belajar pasal keje online dalam freelancer/upwork atau sebagai online translator.. saya ada buat e-book Jana Pendapatan Online Sebagai Freelancer. 40 pages yg saya tulis berdasarkan pengalaman saya sendiri..Saya ajar dari awal sampai akhir nak cari keje, mintak keje semua sebab ramai yg suruh saya ajar, dan saya tak boleh guide sorang2 sebab tu saya buat ebook ni utk panduan orang yg berminat.




Tapi, saya jual RM 25 lah. Kalau rasa mahal, boleh google rasanya takde lagi ebook ni.. yg ada dari jobdirumah tapi tu pun RM 50 + no full guidance. hehe 

Kalau beli, akan dapat :
1. Ebook Jana Pendapatan Online Sebagai Freelancer
2. Video Tutorial setup akaun freelancer/upwork (free setup tapi agak complicated nak faham..tengok video insyaAllah)
3. Tutorial Paypal (untuk terima bayaran dari majikan antarabangsa)
4. Dimasukkan ke group whatsapp freelancer Malaysia (saya yang create-full guide dari saya)

If interested, please whatsapp ke 019-4270022 atau email ke nyrahsiti@gmail.com. 

tunggu update aktiviti-aktiviti sepanjang program nanti =D

USM mu tunggu aku datang..hehehe









Comments