Pengalaman dalam Program E-rezeki High Income Apprentice (EHIA)

Assalamualaikum..

Lama dah tak update blog ni. Actually, sebab busy sangat, banyak job translation yang kena siapkan. Nak tulis blog bukan senang..kena ada feel baru boleh tulis hehe

Okay, so hari ni nak cerita pengalaman dalam Program E-rezeki High Income Apprentice (EHIA). Program apa ni? Boleh rujuk post saya sebelum ni ye hihi

So far so good, nasib baik join program ni. Hari tu last minit tetiba rasa tak nak datang lah, malas lah macam-macam. Bila datang baru nampak untungnya kat mana. Lepas ni bila dapat peluang lain dan rasa tak nak pergi, baik pergi..mesti ada hikmah macam kes ni lah. haha

okay berbalik citer asal :)

Dalam ramai-ramai, aku, bie dengan bella yang pergi. Kitorang dapat dekat USM induk (Penang). Actually pemilihan tempat ni atas kita sendiri ikut yang plaing dekat dengan rumah. Aku dengan Bie Kedah so dapatlah Penang, si Bella Terengganu dia dapat Shah Alam tapi dia xde geng so mintak tukar ke Penang. Alhamdulillah dapat hehe

18/7/2016 - Kitorang pergi daftar dekat Desasiswa Tekun (nama hostel di USM), waktu daftar tu ada la diorang interview sikit..berdebar gile waktu tu. Ye la, takut la.. ntah apa bende la dia nak interview.. Sekali dia just nak tahu background je, sembang-sembang tanya tahu tak pasal e-rezeki, macamana berminat nak join, pernah bekerja ke x, fresh grads ke. Tu je.. ala yang interview tu pun coach yang akan mengajar waktu training nanti. Nervous waktu ni sebab tak kenal.. sekarang bila dah kenal..ambik! dah macam kawan dah. haha Sempoi je diorang. Coach Zaid (31 tahun) dengan Coach Amirul (23 tahun). Muda je diorang ni so, memang sempoi la..xde la strict dan formal sangat waktu mengajar hihi

Aku dengan bie sebilik, bella dapat roommate baru yang dia tak kenal tapi lepas kenal rapat gile kitorang 4 hahaha. Apa facilities yang kitorang dapat kat sana? 
1. Hostel (xde gambar - bayangkan hostel universiti yang muat 2 orang, ada meja study, almari, katil etc)
2. Transport (kereta Inova yang ambik dan hantar untuk ke office -9am dan 5.15pm)
3. Makan minum (pagi, tengahari dan petang - *malam sendiri*)
4. Office (office ni istilah digunakan merujuk kepada tempat training, ada PC sorang satu, bilik ada aircond, -rujuk gambar di bawah)

ni la office 



 luar office

nampak macam sempit sikit kan? haha memang agak sempit tapi still selesa la jugak. PC ni kadang tak guna sangat pun sebab bawak laptop sendiri. dah biasa..hehe

lain-lain tau, ni pusat dekat USM. Pusat cyberjaya, shah alam, UTM, UMP tak pasti pulak macamana rupa tempatnya. kat sini ada dalam 35 orang apprentice, branch lain tak pasti.

okay..masuk je program ni, dalam minggu pertama macam biasa kenalkan diri. Amazed jugak tau waktu ni sebab ada yang manager company tapi sekarang tengah sambung phd dekat usm so dia join program ni, ada student master usm, ada lepasan Universiti al-Azhar, Mesir, bakal engineer dan aku bakal guru hahaha. diorang siap panggil aku, bie dengan bella team cikgu lol

lepas kenalkan diri kitorang dipecahkan ikut kumpulan skills : website design, graphic design, translation and writing, 3D design and others (data entry, blogging, typing etc - multi tasking). so, kitorang duduk ikut group masing-masing macam aku translation and writing ada 7 orang semuanya. 

                                                 group Translation & Writing



untuk 2-3 minggu pertama, kitorang di train dari create profile upwork dengan freelancer, tips letak gambar profile, tips overview, tips tulis proposal, cara communicate dengan employer. Semua laa..waktu ni la ada task-task yang coach bagi untuk di present oleh setiap group. Ala, present biasa je. lebih kepada sharing hehe

lepas 2-3 minggu pertama tu, coach dah lepas kita dah. kita still kena datang office 9am-5pm tapi semua bidding kerja dan siapkan kerja je.. kadang-kadang ada la lawatan /ceramah dari pihak mdec ke, dari coach branch lain ke. so far, best la..sebab tak strict langsung bukan macam kat office sebenar yang korang kena behave gile-gile tu. lebih kepada buat keje sendiri je. kat belakang kelas boleh buat air nescafe ke milo ke hehehe

Okay lah tu review first pasal program.. next post ada citer sikit lagi hehe

sebelum tu, baik korang tengok short film(video pendek) dari branch usm ni untuk lebih mudah faham. tapi ni short film so ada la jalan citer die sikit cuma suasana tu semua di branch usm.


Teaser : Bangkit (EHIA USM)

Short Film: Bangkit (EHIA USM)


                                                                     Selamat menonton! 

ada soalan nak tanya apa-apa, contact saya di nyrahsiti@gmail.com atau 0194270022.
InsyaAllah I will help :)


Comments