Assalamualaikum hye :)
korang ape khabar? udah2 la tu beraya..hehe
Okay kan sebelum ni aku dah citer flow aku kenal eRezeki, aku join then aku
dilantik jadi coach selama 3 bulan then aku jadi pula Region Manager
yang handle training area utara kan. Korang ingat tak ni?
Sebab aku tak nak ulang benda yang sama dah..haha
Okay as a part-timer Region Manager sekarang ni kitorang
tengah cari participant untuk join program eRezeki kitorang.
Free je selama 2 hari siap makan minum kitorang sponsor.
Tapi tempat dan tarikh kitorang belum decide sebab kena
tengok jumlah participant dulu. Korang tahu kan kitorang
nak buat training kena booking tempat training dulu, then nak
tengok facilities boleh tampung tak korang especially wifi lah sebab
training kita 100% akan masuk ke platform online serentak.
So, korang bayangkan kalau 40 orang participant online serentak
guna wifi yang sama apa jadi agak2? haha
Sebab tu kitorang kena cari tempat yang provide high-speed wifi
dan kitorang pun ada backup wifi modem juga tapi berapa orang
sangatlah modem tu boleh support serentak kan.
Tempat training pun berbayar, nak tempah makanan
korang lagi, pastu hotel kitorang nak stay lagi.
Banyak sangat kos yang kitorang keluarkan untuk satu2 training.
So, bayangkan participant 10 orang takkan kitorang nak buat
training kan. Yang ni saya explain sebab ramai yang mendesak untuk
kami segera buat training padahal yang nak join dalam 5 orang je.
As a company, kami kena fikir juga kos yang kami kena
spend kalau tak, lingkup company oiii..hehe
Okay, sebelum aku post poster dan details program eRezeki
yang kitorang tengah cari participant ni, aku nak explain dulu
pasal eRezeki sebab korang pun selalu tengok iklan kat TV bagai kan.
Untuk pengetahuan korang,
eRezeki ni actually terbahagi kepada dua program.
Kedua-dua program ni dibawah
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
iaitu organisasi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
MDEC dapat dana sebanyak RM 100 juta lebih untuk run program
eRezeki dan eUsahawan.
Banyak tak dana untuk program ni??
Sebab tu lah training yang kitorang buat ni free
siap korang dapat makan lagi dan kitorang pun bergaji.
Okay eRezeki ada dua..
Satu eRezeki Microtask yang senang giler buat duit tapi nilai
duit tu sikit je. Sesiapa pun boleh join walaupun tak ade skill apa-apa.
Contoh kerja/task Microtask yang korang kena buat macam korang diberi
dua pilihan gambar packaging Milo contohnya.
So, dia tanya pendapat korang antara packaging warna merah dengan hijau
yang mana lagi menarik? So, kalau korang rasa merah, korang klik je
gambar packaging merah tu korang akan dapat la 20 sen contohnya.
Tak tahu sangat exact value berapa tapi sen sen lah.
So, datang pula gambar kedua dan seterusnya.
Kerja-kerja microtask ni nilai kecik dan kalau nak dapat RM 10
pun banyak task/kerja la yang korang kena buat.
iklan Microtask
Video atas ni pasal Pak Cik Hithir yang tak tau pegang mouse pun awal2 dulu.
Now, dia dah dapat income tambahan RM 400+ sebulan. Kalau
korang nak join Microtask korang kena pergi pusat eRezeki berhampiran.
Korang boleh google lah cari. Diorang boleh train korang, saya tak boleh.
Okay next, eRezeki satu lagi namanya
eRezeki Global High Income (eGHI) yang dulu orang panggil
eRezeki High Income Apprentice(eHIA).
Kalau korang baca post aku yang dulu yang aku citer aku
join eRezeki selama 3 bulan dekat USM tu eHIA la namanya.
Korang boleh baca entry aku pasal eHIA dalam post sebelum ni.
Sekarang panggil eGHI tau bukan eHIA dah.
eGHI ni berbeza dengan eRezeki Microtask yang aku explain kat
atas ni sebab eGHI ni lebih kepada orang yang ada skills.
Contoh skill :
- IT (buat website, mobile apps development, apps testing etc)
- Creative Design (design logo, banner, business card, video editing, animation etc)
- Linguistic & Translation (Eng-Malay, Japanese, Korean, Mandarin, transcription, academic writing, creative writing etc)
- Engineering & Architecture (2D/3D Design, Solidworks, CAD etc)
- Marketing & Business (SEO, SMM, Business report/proposal etc)
Actually, banyak juga job data entry yang mudah2 macam typing etc tapi
banyak sangat persaingan untuk job-job macam ni.
End up, ramai yang tak dapat job.
So, training yang kami buat kami hanya akan terima yang ada
skill yang saya mention di atas sahaja untuk join training eGHI!
Kami perlu buat pilihan untuk yang betul-betul serius dan nak
buat job sahaja bukan orang yang sekadar luangkan masa saje2 nak join
then, balik tak buat pun. Banyak dah kami jumpa orang yang macam
ni dan kebanyakannya orang yang tak ada skill yang saya mention kat
atas, cuma dia datang sebab nak tengok2 sahaja.
Kami ada KPI sendiri, dan kami keluarkan kos yang banyak untuk buat
training jadi akan memilih yang betul2 berminat dan ada skill.
Basically, dalam eGHI kami akan ajar cara nak create profile
yang menarik dalam platform2 digital, buat proposal,
communicate dengan client, detect scammers dan
macam-macam lagi. Kita akan bid kerja-kerja digital
yang berkaitan dengan skill yang kita ada..
Let say, saya ada skill translation English-Malay.
Client akan post job translation, so kalau saya berminat saya
boleh apply dan hantar proposal untuk job tu.
Setiap job tu ada harga sendiri yang client letak.
let say 100 USD. So, berapa harga kita nak bid?
Apa yang kita nak tulis dalam proposal?
Macamana nak bagi client hire kita untuk job tu sebab kita
bersaing dengan ramai orang dari seluruh dunia untuk dapatkan
satu-satu job. Macamana? Macamana nak communicate dengan client?
Macamana nak setup akaun paypal?
Macamana nak tahu client tu betul ke tipu?
Apa nak kena buat ni??
Haa..pening kan. Tak caye, korang sign up la akaun freelancer.com
dengan upwork.com. Korang akan tahu lah apa rasa duduk dalam tu
hahaha. So, kalau join training kitorang, kitorang akan
ajar semua benda tu tau.
Opps, lupa nak bagitahu setiap job yang korang buat akan dibayar
dalam mata wang USD/EURO/GBP/MYR dan banyak lagi tapi mostly USD lah.
Bayangkan 100 USD korang tukar ke RM. Berapa korang dapat??
Korang boleh buat kerja kat rumah je janji ada internet.
Konsepnya senang
client post kerja--> korang bid/apply kerja --> client hire korang -->
korang siapkan kerja --> client bayar upah/bayaran untuk korang
based on harga yang client letak
Berapa hari nak siapkan kerja? Based on job/kerja korang lah.
2-3 hari ke, sebulan ke kena tengok job tu. Ada deadline dia.
Tak kisahlah korang nak buat kerja waktu bila janji korang
submit sebelum deadline. Tu jee
iklan eGHI
So, untuk join training eGHI kitorang di UTARA, korang boleh
tengok poster kitorang ni
training eGHI ni terbuka kepada semua Pelajar, Alumni, Fresh Graduate, Penganggur,
yang Diberhentikan Kerja dan Pencen yang mempunyai kemahiran yang saya
mention kat atas ye. Ingat, korang kena ada skill kalau tak ada skill
tak boleh join sebab kita akan masuk ke platform kerja so kalau
tak ada skill, kerja apa yang korang nak buat kan.
Lagi satu, skill digital je tau kalau skill korang tu baiki motor ke,
menjahit ke, repair laptop ke tu bukan program eGHI.
Ini konsep kerja digital.
Kenapa 4 negeri utara ni je saya promote?
Sebab saya urus bahagian utara je hehe. yang lain x.
So, nak join tak?
Ingat, 2 HARI training, PERCUMA, MAKAN MINUM DISEDIAKAN!
Kalau korang nak join, silakan isi maklumat korang dalam link
form ni la ye Register eGHI
Kitorang akan start buat training bulan July ni.
Next post saya citer success story orang yang join program pula ye
Byee :)
Comments
Post a Comment