Assalamualaikum hye :)
Korang terkejut tak baca tajuk post ni? haha
kalau korang baca post2 aku sebelum ni korang tahu lah yang aku join program
eRezeki tahun lepas kan?
Untuk pengetahuan korang aku join program tu then, performance aku okay.
Nama aku selalu naik dekat bos dan centre2 lain sebab earning aku tinggi.
Lepas habis je program, memang aku bercadang dah konon nak jadi full-time
freelancer dok kat rumah je buat keje duit masuk..hehe
tiba-tiba ada orang eRezeki call
diorang nak aku jadi coach..
aku macam.....
biar betul diorang ni?
gaji diorang offer perghhh..
mahal giler sebab aku fresh grad tak pernah kerja lagi
so aku macam... betul ke apa aku dengar ni?? haha
So, aku terima..dan 3 bulan lah aku jadi coach kat USM tu.
Aku belajar buat report, mengajar, aku kena skype call dengan
team lain dan banyak lagi.
Dalam aku jadi coach ni aku dapat panggilan temuduga SPP cikgu
pastu lulus pula cuma tarikh dan tempat posting je tak tahu lagi.
Aku ingat sampai bulan 1 je keje coach ni so lepas tu kena
get ready untuk jadi cikgu la pula.
Confirm banyak kena urus kan.
End up habis jadi coach dapat pula tahu yang eRezeki ni akan
berkembang lagi. yang best nya aku dilantik pula jadi Region Manager
untuk kawasan utara. Ya la, aku rasa sebab antara coach2 yang ada,
aku sorang je yang asal utara. Basically, kerja aku memang uruskan
training dekat universiti, orang awam, dan lain-lain
di Kedah, Perlis, Perak dan Penang.
Waktu ni tak banyak staff lagi.. dekat utara ni ada 3 orang je handle
program ni. Waktu ni la jadi kelam kabut sikit.
Korang tahu kan aku fresh grad without any corporate experience??
Pastu aku dilantik jadi Region Manager.
Manager korang tahu tak??
Korang bayangkan aku kena deal dan handle meeting
dengan dekan, lecturer, YB, persatuan, MB, even MDEC.
Aku siap kena cakap depan Head of Directors MDEC tahu tak??
Sape yang ada waktu ni memang tahu lah tahap nervous aku macamana
waktu tu...aku dah macam tergedik-gedik kaki sambil pusing2 dekat
team DCA eRezeki sambil buat muka nervous giler aku tu.
Nak lebih2 diorang tu laki kang menyampah pula tengok
aku buat muka macam tu hahaha
sebab aku nervous gilerrr sebelum naik atas stage tu :(
Dah la kena speaking..
Aku ni biasalah orang melayu yang memang cakap melayu
sentiasa so lidah tu memang tergeliat sikit la nak speaking
even aku translator hahaha
But, guess what??
Aku boleh speaking depan diorang fully in English dan boleh
jawab soalan-soalan diorang tanya in English.
Aku siap boleh senyum lagi kat atas. Wow!
Turun je stage rasa confident gilerr haha
Waktu tea break ramai pula datang dekat aku sembang2
tanya experience aku la, nak suruh ajar diorang la.
Hilang nervous aku waktu ni.
lepas tu aku dah tak takut kalau orang nak aku
deliver training in english ke ape :)
So, basically start Januari-Mei aku jadi Region Manager (RM).
Aku travel sana sini sorang2.
Aku rasa dalam sebulan tu 4-5 kali juga aku naik flight
pegi KL la, terengganu la, melaka la.
Merata aku pergi..
yang bestnya hotel yang kitorang stay semua
best2 especially yang MDEC sponsor.
4 star hotel la selalunya hehe
So sekarang aku dah jadi cikgu dan jawatan aku dah ada
orang lain pegang. Suhaiel pegang sebab selama ni aku dengan dia
je buat planning walaupun dia jadi Master Trainer sebelum ni dan
aku RM tapi kitorang banyak spend time perah otak sama-sama haha.
Aku siap stay rumah dia sebulan lebih pastu nak pergi mana-mana
memang dia lah drive sebab aku takde kereta lagi hehe
Sekarang aku part-time buat planning dan handle training
bila weekends dan bila cuti sekolah la :)
Aku tak boleh nak berhenti sebab aku dah rasa macam passionate
nak tolong orang, nak expose dekat orang ramai
yang diorang bolah cari duit kalau diorang ada skill.
Aku survive dengan duit kerja online dah 4 tahun kot dari zaman
belajar lagi.
Hari tu ada jamuan buka puasa team eRezeki DCA kat KL,
setiap RM kena pergi depan cerita pasal cabaran yang kami hadapi dan
planning untuk region. Bos tanya kenapa aku still lagi nak join eRezeki
sebagai part-timer sedangkan aku dah ada kerja tetap.
Nervous pula aku waktu tu.. dalam hati,
"eh, bos tak suka aku ke?"
Aku cakap, "saya tak sama dengan RM lain sebab saya dah 4 tahun jadi
freelancer buat kerja2 translation online dalam platform ni sebelum
saya join eRezeki lagi. Saya tahu opportunity kerja tu dah lama wujud dan
saya rasa saya patut expose kepada orang ramai lagipun, sampai sekarang
saya aktif lagi bid kerja dan dapat kerja translation.
Mungkin sebab ni dah jadi jiwa saya sebagai freelancer dan sebab
tu saya rasa nak bagi komitmen untuk train orang."
Boss pun cakap sikap macam aku lah yang semua orang patut
contohi sambil ramai2 tepuk tangan. hahaha malu waktu tu :p
Turn Coach Husaini pula ke depan untuk represent team dia.
Jawapan dia pun sama dengan aku, dia kata dia dengan aku dah lama
berkecimpung dalam dunia freelance ni so, kami ada jiwa yang
kami nak juga orang lain berjaya macam kami.
Untuk pengetahuan korang Coach Hussaini ni lagi otai.
Income dia dalam satu platform je dah lebih 5k USD tau.
Dia dah jadi top rated freelancer dah tu tak termasuk
platform lain lagi tu. Dia buat creative design..
Banyak lagi nak cerita tapi ngantuk dah ni hehe
Kalau korang berminat nak join program eRezeki ni
jom baca next post ye :)
byee
Comments
Post a Comment