Kisah kejayaan Program eRezeki Global High Income

Assalamualaikum..
haiii!

Sebelum ni aku dah explain serba sedikit pasal eRezeki kan so sekarang
aku nak tunjuk bukti kejayaan program ni nak bagi korang terpegun sikit hahaha

Okay macam yang korang tahu aku antara success story daripada program ni.
Memang la aku dah buat freelance job ni dah 4 tahun dari zaman study lagi
tapi semua caca marba je dulu. Aku tak pandai manage masa, aku tak tahu
nak detect scammers, aku tak tahu sangat platform2 lain yang aku boleh
explore selain upwork dengan freelancer. Tapi lepas join program ni
banyak sangat ilmu yang aku dapat yang mulanya aku ingat aku dah terer
kononnya sampai last minute rasa tak nak join pun program ni hehe.
Semuanya ada hikmah sebab lepas tu aku dilantik jadi coach and Region Manager.
Hebatnya percaturan rezeki Allah :)

Okay berbalik citer aku masa join program eGHI 3 bulan dekat USM dulu 
sebenarnya kalau korang baca post aku sebelum ni, waktu mula-mula nak join 
program ni asalnya 5 orang kawan se UPSI aku yang nak join tapi last last
tinggal dua orang je yang ikut aku.. Bie (Nabihah) dan Bella (Salsabila).
Dua orang kawan aku ni masuk eRezeki with zero knowledge about freelance tau.
Meaning..diorang ni tak tahu langsung pasal buat kerja online dan boleh
dapat duit online ni padahal diorang selalu baca post post aku dekat
facebook sebelum ni waktu zaman study UPSI dulu hahaha.

Dalam dekat sebulan juga la diorang tak dapat job. Diorang
sedih giler tak dapat job padahal aku dah dapat job. Tapi disebabkan kami 
bertiga rapat jadi aku bagi la juga semangat sikit-sikit sebab ye la, kena bersaing
dengan ramai orang kan untuk dapat satu satu job tu memang agak
susah lah. Lagipun, diorang zero knowledge kan. 

Aku dapat satu job translation harga 550 USD so aku distribute kepada
beberapa orang termasuk bie dengan bella. Diorang try buat job
translation tu. Okay lah, diorang boleh buat tapi still diorang tak 
dapat job sendiri lagi. Satu hari tu bie balik kampung dia minta maaf dekat
mak ayah dia then suruh doakan dia dimurahkan rezeki. Dia buat semua 
tu sebab dia fikir maybe dia ada buat salah dengan mak ayah kot
sebab tu tak dapat job. Aku dengan Bie roommate so kadang2
ada lah sesi luah perasaan dan muhasabah diri kitorang 
kat dalam bilik untuk insafkan diri. hehe
Then, beberapa hari lepas tu waktu tengah tunggu isyak dekat 
surau sebelah office kami dekat USM  tu tiba-tiba ada mesej 
masuk dari client first bie. So, tu lah first job dia and korang tahu
 job ape?? dia kena translate Surat Cerai (Divorce Letter).
 hahaha seramm giler first job dia :p

Then, sejak tu job dia selalu je masuk sampai satu tahap aku yang
kena jadi assisstant dia nak kena monitor akaun upwork
and reply mesej-mesej client dia kalau dia balik kampung dan dia
tak ada internet. Amboiii lawan tokey nampak haha

Bella pun sama. Job dia tak sebanyak bie tapi still ada beberapa 
job yang dia dapat. Aku happy gilerrrr untuk diorang :) :)

End up, untuk minggu tu kami bertiga jadi Top Earner dalam
centre USM tu. Siap poster tampal dalam centre kot :p


Aku, Bie dan Bella jadi Weekly Top Earner

Okay tu lah kisah kami bertiga. Then, kat bawah ni aku akan tunjuk

kisah kejayaan aku sikit lagi dan kejayaan orang lain dari centre lain.
Untuk pengetahuan korang ada 5 centre dulu. Centre USM Penang,
Pentagon Cyberjaya, Vista Alam Shah Alam, UTM Johor dan UMP Pahang.
Kami semua masuk training dalam centre ni selama 3 bulan untuk
test keberkesanan program ni dalam membantu rakyat menjana pendapatan
digital secara dalam talian. Terbukti berkesan dan MDEC dah bentangkan
keberkesanan program dan earning keseluruhan pelatih kepada 
Perdana Menteri kita tahun lepas, 2016. Tak silap total earning hasil 
daripada program ni lebih dari 2 juta tak silap dalam masa 6 bulan untuk 
3 batch (1 batch 3 bulan). Aku batch 1.
Sebab tu tahun 2017 PM bagi lagi dana untuk run program ni :)


Success story aku
(abaikan gambar skema tu haha)

Aku dapat award Most Job Earned dan Hatta dapat award Overall Highest Achiever
(yang top semua dari Centre USM hehe)


Semua pelatih dari centre USM (Graduation Night eHIA)


Okay ni la semua kisah kejayaan program eGHI (formerly known as eHIA)
dari semua centre yang aku dapat dari MDEC :






Bawah ni pula feedback daripada kami yang berajaya :)






So, sampai sini je cerita pasal kisah kejayaan kami semua
dalam program eRezeki Global High Income anjuran MDEC
dan training serta selection dilaksanakan oleh syarikat 
Digital Content Alliance (DCA).

Diulangi, now saya dah bekerja part-timer Region Manager untuk
DCA sebab now full-time kerja cikgu kan. So, as mentioned
in the previous post, kami sedang mencari participant untuk
join program ni selama 2 HARI sahaja, MAKAN MINUM ditanggung
untuk kami train korang berjaya macam kami.

Program ni run seluruh Malaysia dan saya handle every training
dalam kawasan utara sahaja (Kedah, Perlis, Perak dan Penang).
So, kalau korang..oppps, kalau hampa semua orang utara
berminat untuk join program ni hampa isi form ni : Daftar eGHI

Orang utara je tau. Kalau korang bukan orang utara tapi nak join, 
silakanlah register di website ni : http://eghi.my/

Penat tau taip panjang-panjang haha
Kalau lah korang still lagi nak tanya apa-apa drop je komen kat sini
ye nanti aku balas :)

By the way, harap korang berminat lah. Korang ada skill janganlah
simpan skill tu. Korang tahu tak, hari tu aku dengar berita 90000 
orang tau yang menganggur. So, ni lah peluang korang. Free lagi..
Untuk pengetahuan korang, kitorang satu-satunya yang run training
khas untuk train korang cari duit online dalam platform digital tau.
So, jom lah join kitorang.

Tu jee..
byee selamat malam :)

Assalamualaikum















Comments